Assalamualaikum,
Pelaburan di dalam Unit Amanah Islam adalah di antara rangkaian dana Unit Amanah yang tersedia dipasaran. Unit Amanah Islam merupakan pelaburan yang mendapat status Patuh Syariah yang mana diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Sekuriti (SC). Oleh yang demikian, anda tidak perlu ragu untuk melabur di dalam Unit Amanah Islam kerana ia telah disemak dan disahkan oleh pihak terbabit.
Siapa Suruhanjaya Sekuriti??
Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah sebuah badan yang berperanan memantau semua perkara yang berkaitan dengan Unit Amanah. Ia adalah tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan garis panduan mengenai Dana Unit Amanah, Suruhanjaya Sekuriti. Ini bermakna semua dana yang diluluskan SC adalah dipantau pergerakannya.
Siapa pula Pemegang Amanah?
Pemegang Amanah (Trustee) berperanan memastikan perjanjian (Deeds) dipatuhi. Di mana, pemegang amanah menjaga aset para pelabur.
Siapa Penasihat Shariah?
Penasihat Shariah adalah individu atau syarikat yang dilantik menjadi penasihat kepada dana-dana islamik. Merekalah yang bertanggungjawab menasihati pengurus dana dari aspek pelaburan.
Ke mana duit dilaburkan?
Unit Amanah adalah pelaburan di mana duit pelabur dikumpulkan dan dilaburkan selaras dengan objektif pelaburan bergantung kepada objektif pelaburan tersebut samada untuk mencapai pertumbuhan modal atau untuk memperolehi pendapatan tetap yang menawarkan dividen.
Keuntungan dan Pulangan
Keuntungan daripada pelaburan Unit Amanah adalah dalam bentuk pertumbuhan modal (capital gain) dan agihan (distribution). Pertumbuhan modal digambarkan sebagai turun naik harga seunit saham, manakala agihan digambarkan sebagai dividen atau bonus.
Adalah menjadi tanggungjawab pengurus dana untuk memberikan usaha terbaik mereka untuk menghasilkan keuntungan yang besar kepada para pelabur.
Hubungi saya,
Norhafizah
Nordin
Unit
Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp
013-615 1984
No comments:
Post a Comment