Monday, 1 December 2014

Tip-Tip Persaraan Yang Selesa

Kita mempunyai pilihan untuk bersara dengan selesa atau sebaliknya.Andainya kita tidak merancang persaraan dengan baik, mungkin kita masih perlu bekerja semula selepas bersara atau lebih teruk lagi jika kita terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan.

Di antara tip-tip yang boleh membantu meningkatkan simpanan persaraan adalah: -

1.             Mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan
Kita perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan supaya:
a)             Tidak bergantung sepenuhnya kepada simpanan KWSP sahaja
b)            Menerima pendapatan persaraan secara berterusan
c)             Mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam tempoh yang singkat

Kita perlu fikirkan daripada manakah sumber pendapatan yang boleh kita perolehi semasa bersara nanti.

Selain duit pencen atau simpanan KWSP, kita boleh juga gunakan duit simpanan di bank, kutipan sewa hartanah, insurans dan DIVIDEN ATAU KEUNTUNGAN DARIPADA PELABURAN.

2.             Mulai menyimpan dari awal
Lebih awal kita mula menyimpan, lebih banyak simpanan yang dapat dikumpul apabila bersara.Jadikan tabiat menyimpan untuk persaraan sebagai budaya dalam kehidupan sejak dari muda lagi.

Kita tidak terlalu muda atau tua untuk mula menyimpan sekarang.Sebenarnya, lagi awal lagi baik tetapi lebih baik ada daripada tiada langsung. Buatlah simpanan secara sukarela sama ada dalam bank, Tabung Haji, saham-saham amanah, Insuran, Skim Persaraan Swasta ,PELABURAN dan sebagainya.

Kita juga perlu sediakan tabung kecemasan sekiranya kita memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada kita mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.

3.             Rancang keperluan jangka panjang
Walau apa jua perancangan, kita hendaklah mengetahui kedudukan kewangan semasa:
a)             Berapa banyak wang simpanan dan aset yang dimiliki sekarang?
b)            Berapa pendapatan bulanan?
c)             Berapa peratus daripada gaji bulanan yang dicarum dalam KWSP atau sebarang dana persaraan?
d)            BERAPA PERATUSKAH PULANGAN BALIK DARIPADA PELABURAN?
e)             Berapa tahun yang kita ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang?

Selepas mengkaji aset dan tanggungan dimiliki, kita perlu mengenalpasti keperluan utama dan anggaran jumlah yang diperlukan apabila bersara dan berapakan jumlah dan sumber untuk membiayai keperluan jangka panjang berkenaan.

4.             Penjagaan kesihatan
Persoalan mengenai kesihatan adalah penting semasa hari tua.Kos kesihatan menjadi perbelanjaan besar yang boleh menghakis simpanan persaraan kita.Walaupun kita mempunyai insurans perubatan dan insurans hayat yang meliputi pelbagai penyakit kritikal, sesetengah penyakit hanya dilindungi secara separuh atau tidak langsung dilindungi di bawah manfaat insurans.

Oleh itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan dan amalkan gaya hidup sihat. Tubuh badan yang sihat akan membolehkan kita terus bekerja dan meningkatkan simpanan persaraan.

Dengan ini, simpanan persaraan tidak perlu dihabiskan untuk membiayai kos rawatan kesihatan, sebaliknya ia boleh digunakan untuk membiayai kos sara hidup yang lain.

5.             Melabur dengan bijak
Selain menyimpan wang untuk persaraan, kita juga boleh melaburkan wang dalam DANA-DANA PELABURAN YANG DIIKTIRAF (Contoh PUBLIC MUTUAL).

Pelabur yang bijak adalah pelabur yang berpengetahuan.Ketahui risiko dalam pelaburan dan sentiasa membuat penilaian terhadap pelaburan secara berterusan.Penilaian terhadap pelaburan setiap tahun adalah perlu untuk memastikan bahawa wang pelaburan kita bertambah mengikut pelan persaraan kelak.Jangan melabur ke dalam ‘Skim Cepat Kaya’ dan syarikat pelaburan yang tidak berdaftar.

Hartanah juga satu bentuk pelaburan yang baik dan wajar dipertimbangkan jika kita mempunyai simpanan yang mencukupi.


Notakaki: Credit maklumat dari Buletin Ahli KWSP 01/2014



Hubungi saya,
Norhafizah Nordin
Unit Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment