Saturday 1 March 2014

KWSP Umum Senarai Institusi Pengurusan Dana Dan Dana Unit Amanah Bagi Tahun 2013/2014

Assalamualaikum, 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerbitkan senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana Unit Amanah bagi tahun 2013/2014 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP), berkuatkuasa untuk tempoh 1 April 2013 hingga 31 Mac 2014. 

Pengurus Besar  Perhubungan Awam KWSP Encik Nik Affendi Jaafar berkata, “Untuk manfaat ahli yang menyertai skim tersebut, senarai dana di bawah SPA-KWSP dikaji setiap tahun berdasarkan satu set kriteria penilaian untuk kelayakan, penggantungan dan kemasukan semula dana seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Proses ini dijalankan bersama dengan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) yang mewakili industri Unit Amanah.” 

“Ia adalah untuk kepentingan ahli dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa dana yang ditawarkan di bawah skim ini memiliki rekod prestasi yang konsisten,” kata Nik Affendi.

Untuk mendapatkan senarai penuh dana yang ditawarkan di bawah setiap IPD yang dilantik, ahli boleh merujuk kepada laman web myEPF di Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP.



Hubungi saya,
Norhafizah Nordin
Unit Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment