Assalamualaikum,
Pelaburan di
dalam Unit Amanah adalah suatu bentuk pelaburan
jangkamasa sederhana/panjang (3-5 tahun). Ianya tidak akan terlepas dari risiko
turun naiknya harga semasa pasaran. Untuk itu, kita perlu mengimbangi risiko untuk
memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit
Amanah.
Terdapat 3 kategori pelabur sebenarnya:-
Pelabur ini biasanya akan berasa panik apabila melihat
kejatuhan harga unit dan akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang
besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula
membeli Unit Amanah tersebut.
Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual
semua unit tersebut kerana beranggapan Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan
pasaran tidak stabil. Pelabur seperti ini kebiasaan akan mengalami kerugian.
2.
Pelabur bijak
Biasanya pelabur ini akan membiarkan sahaja pelaburan
mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan
mereka adalah untuk jangka sederhana/panjang (3-5 tahun).
Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi,
mereka akan terus menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan
walaupun ianya sedikit
3.
Pelabur paling bijak
Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas
kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan
untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan
keuntungan di penghujung pelaburan.
Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur
paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual
pada harga tinggi”
Pelabur mana satukan pilihan anda!!!!
Hubungi
saya,
Norhafizah
Nordin
Unit
Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp
013-615 1984
No comments:
Post a Comment