Monday, 3 March 2014

Insurans Atau Unit Amanah?

Assalamualaikum,

Baru sebentar tadi saya dapat email dari seseorang yang bertanyakan soalan ini: -

1.     Apa bezanya, Insurans dan Unit Amanah
2.     Mana yang lebih penting, Insurans atau Unit Amanah
3.     Mana satu lebih baik, Insurans atau Unit Amanah

Topik yang menarik sekali bukan?? Baiklah saya jawab di blog sahaja supaya dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Jadi saya harap semua pembaca dapat membaca dengan hati yang senang, tenang dan gembira.. J

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sendiri, kalau nak ambil dana pendidikan IPT (Education Fund) untuk anak-anak anda, nak simpan di Insurans atau di Unit Amanah? Mana satu lebih baik?

Seperti yang anda sedia maklum, Insurans menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yang disebut Investment Linked Insurance. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium akan digunakan untuk membayar kos insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan Unit Amanah.

Sebagai contoh, jika anda menyimpan RM100 di Insurans dan di Unit Amanah untuk tempoh yg sama katakan 10 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan perolehi kelak pasti tidak akan sama. Secara logiknya, simpanan RM100 di Unit Amanah akan mendapat jumlah pelaburan yang lebih banyak dari simpanan di Insurans.

Kenapa?

Sebahagian dana dari Insurans akan digunakan untuk membayar kos Insurans. Tambahan jika ada banyak rider macam premium waive atau Medical Card. Jadi sebahagian besar premium tadi akan digunakan untuk membayar kos rider tadi. Berbanding Unit Amanah, 100% dari RM100 tadi akan digunakan untuk pelaburan sahaja.

Perlu diingat bahawa Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada pelabur mereka sebagai contoh jika anak yang diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda akan mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada Medical Card untuk rawatan kos perubatan si anak.

Berbanding Unit Amanah, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk merawat penyakit sebab tidak mempunyai Medical Card.

Jadi kesimpulannya, bagi saya kedua–dua Insurans dan Unit Amanah di atas memainkan peranan yang penting.

Insurans untuk perlindungan, Unit Amanah untuk pelaburan

Bagi sesiapa yang bercadang membina dana pendidikan untuk anak-anak mereka, adalah terbaik jika anda dapat memperuntukkan 30% untuk tujuan Insurans bagi tujuan perlindungan dan 70% di Unit Amanah bagi tujuan pelaburan. Dan yang paling penting, pastikan jumlah dana yang akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN pada masa tersebut.

Sekarang saya harap anda jelas dan buatlah keputusan bijak dengan memilih syarikat yang menawarkan pelan Insurans terbaik dan untuk melabur di Unit Amanah pilihlah Public Mutual (No. 1 Unit Trust Company in Malaysia)



Hubungi saya,
Norhafizah Nordin
Unit Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment