Saturday 1 March 2014

Pentingnya Menyimpan Dari Sekarang

Assalamualaikum,

Kebiasaannya bila ada yang nak melabur dalam Unit Amanah, soalan pertama saya “Apa tujuan sebenar menyimpan ni?”. Kenapa saya perlu bertanya? Sebab daripada sinilah baru saya tahu tujuan anda menyimpan dan lepas tu senanglah saya mana nak tuju pula..J

Tapi kebiasannya bagi mereka yang berkeluarga, dah ada anak, tujuan menyimpan hanya satu iaitu untuk pendidikan anak-anak nanti bila nak masuk Universiti. Masa itu rasanya perbelanjaan dah semakin tinggi. Ibu bapa yang tidak menyimpan dari sekarang mungkin akan rasa tertekan tapi bagi ibu bapa yang awal-awal dah membuat simpanan legalah sikit..Betul tak? Betul tak?. BETULLL..

Jadi, jika anda rasa anda tidak ada harta mahu pun wang ringgit untuk ditinggalkan kepada pewaris anda (iaitu anak-anak anda), adalah lebih baik dari sekarang anda bertindak dengan MENYIMPAN..Simpanlah ditempat yang sepatutnya yang boleh memberikan pulangan pelaburan yang tinggi dan keuntungan kepada anda.

ð  Lagi AWAL anda bertindak, lagi BANYAK jumlah nilai $$$ simpanan
ð  Lagi LAMBAT anda bertindak, lagi KURANG jumlah nilai $$$ simpanan 

Di mana pula mahu menyimpan??

Sebenarnya menyimpan dalam Unit Amanah adalah pilihan terbaik kerana tidak memerlukan jumlah simpanan bulanan yang banyak. Dengan hanya RM100 sebulan sahaja sudah memadai untuk anda menyimpan dalam Unit Amanah yang konsisten dan memberi pulangan lumayan dan berbaloi-baloi. Semestinya di Public Mutual, kami menyediakan banyak dana-dana Islamic yang telah terbukti memberikan pulangan yang mengalakkan kepada pelabur-pelabur mereka.

Penangguhan masa menyebabkan anda perlu menyimpan lebih untuk menampung keseluruhan kos pendidikan anak-anak anda!!

Bertindak sekarang! Rancang untuk menyediakan dana pendidikan anak anda dari awal..


Hubungi saya,
Norhafizah Nordin
Unit Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment