Wednesday, 13 August 2014

Public Mutual Mengumumkan Pengagihan Berjumlah RM437 Juta Untuk 10 Dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM437 juta untuk 10 dana. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2014 adalah seperti berikut: -
Public Dana Growth bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka panjang dengan pendapatan sebagai matlamat sampingan. Manakala Public Dana Optimal Growth pula bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur dalam saham-saham yang menawarkan hasil dividen yang menarik serta saham-saham bertumbuh di pasaran domestik.

Public Dana Far-East Property & Resorts bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat- syarikat yang terlibat terutamanya dalam pelaburan dan pembangunan hartanah, pelaburan dan pembangunan hotel dan tempat peranginan serta amanah pelaburan hartanah (REITs) dalam pasaran-pasaran domestik dan serantau. Dana ini juga boleh melabur dalam syarikat-syarikat yang mempunyai harta atau aset hartanah yang penting.

Sementara itu, Public Dana Australia Equity bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur di dalam pasaran Australia, dengan bakinya dilabur dalam pasaran New Zealand dan pasaran domestik. Dana ini sesuai bagi pelabur-pelabur yang ingin melindungi nilai perbelanjaan pendidikan masa depan anak mereka di Australia.

Public Dana Islamic Opportunities bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai pemodalan pasaran kecil yang mematuhi prinsip Syariah. Public Dana Islamic Select Enterprises pula, bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan di dalam 50 buah syarikat terbesar dari segi pemodalan pasaran (pada titik pembelian) yang tersenarai di Bursa Securities yang mematuhi kehendak Syariah.

Public Dana Bond bermatlamat untuk menyediakan aliran pendapatan yang stabil melalui pelaburan dalam pasaran wang dan sekuriti hutang swasta. Sementara itu, Public Dana Islamic Select Bond bertujuan untuk menyediakan pendapatan tahunan melalui pelaburan di dalam sekuriti hutang Islam yang mempunyai baki tempoh matang selama 7 tahun dan ke bawah dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam.

Public Dana Islamic Income bermatlamat untuk menyediakan pendapatan tahunan dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur di dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam.

Public Dana Optimal Growth, Public Dana Islamic Select Enterprises, Public Dana Islamic Select Bond dan Public Dana Islamic Income merupakan dana-dana yang terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Kesemua dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PBB Dana MTN 1, yang merupakan sebuah dana tertutup yang diedarkan melalui perunding unit amanah Public Mutual dan Public Bank.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan lebih 90 dana unit amanah. Ia juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan enam dana PRS. Syarikat tersebut mempunyai lebih tiga juta pemegang akaun. Pada akhir bulan Jun 2014, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh Syarikat tersebut adalah sebanyak RM64.20 bilion.


Hubungi saya,
Norhafizah Nordin
Unit Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment