Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan
pengagihan untuk tujuh (7) daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan
bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2014 adalah seperti berikut: -
a) Public
Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan
modal yang mantap dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah
portfolio pelaburan yang mematuhi Prinsip Syariah.
b) Manakala,
Public Dana Islamic Equity bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelbagai
pilihan saham pertumbuhan yang mematuhi Prinsip Syariah.
c) Public
Dana Islamic Select Treasures pula, bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal
melalui pelaburan dalam syarikat-syarikat yang mempunyai modal pasaran sehingga
RM6 bilion yang mematuhi kehendak Syariah di pasaran domestik.
d) Public
Dana Balanced yang dilancarkan pada tahun 1995, bermatlamat untuk menyediakan pendapatan
dan pertumbuhan modal yang mantap dalam jangka sederhana hingga panjang.
e) Sementara
itu, Public Dana Dividend Select bermatlamat untuk menyediakan pendapatan berulang
yang mantap dengan melabur di dalam portfolio saham yang menawarkan atau berpotensi
untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.
f) Manakala
PB Dana ASEAN Dividend bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dengan melabur dalam
portfolio saham di pasaran domestik dan serantau yang menawarkan atau berpotensi
untuk menawarkan hasil dividen yang menarik. PB Dana ASEAN Dividend memenangi anugerah
dana Ekuiti ASEAN terbaik bagi kategori 3 tahun di Tahun 2014 Anugerah Dana Malaysia
The Edge-Lipper.
g) Public
Dana Select Bond bermatlamat untuk menyediakan pendapatan tahunan melalui pelaburan
dalam sekuriti pendapatan tetap yang mempunyai baki tempoh matang selama tujuh tahun
dan ke bawah, dan instrumen-instrumen pasaran wang.
Kesemua di atas merupakan dana-dana yang terbuka kepada Skim
Pelaburan Ahli KWSP. PB Dana ASEAN Dividend diedarkan oleh cawangan-cawangan Public
Bank di seluruh negara, manakala dana-dana lain yang tersebut di atas diedarkan
oleh perunding-perunding Unit Amanah Public Mutual.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar
di Malaysia, menguruskan lebih 90 dana unit amanah.
Hubungi
saya,
Norhafizah
Nordin
Unit
Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp
013-615 1984
No comments:
Post a Comment