Saturday 1 March 2014

KWSP Beri Dividen Paling Tinggi Tahun 2013

Assalamualaikum,

Pada Ahad 16 Februari 2014, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen 6.35% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Dividen itu adalah lebih tinggi berbanding pada tahun 2012 yang mencatat 6.15%.

Dalam satu kenyataan, Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman berkata, ia adalah dividen tertinggi pernah diagihkan kepada pencarum berjumlah RM31.2billion. Jumlah itu 13.66% lebih tinggi berbanding jumlah dividen yang diagih pada tahun 2012 sebanyak RM27.45 billion.

Adakah anda sebagai pencarum KWSP sudah cukup berpuas hati dengan kadar dividen tahunan ni? Saya tahu ada antara anda yang rasa masih lagi rendah termasuklah saya sendiri.. L

Tapi saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat pemotongan Akaun 1 dan melabur dalam Unit Amanah. Sekurang-kurangnya masih boleh mendapat pulangan dividen di tempat lain juga.. TERBAIK..

Mungkin ada yang masih tidak tahu lagi bahawa KWSP membenarkan pencarum membuat pelaburan Akaun 1 ke dalam Unit Amanah yang diluluskan (salah satu adalah Public Mutual). Ada yang bertanya boleh ker dibuat pemotongan, ada juga yang menjawab “Tak naklah.. Nanti saya nak beli rumah duit KWSP tak cukup” dan ada juga yang menjawab “Tak nak nanti rugi”…emmm.. macam-macam ragam..Tak pe.. biar saya terangkan dekat sini..

Anda sepatutnya sebagai pencarum tidak perlu risau sebab KWSP pastinya telah membuat kajian secara terperinci tentang pelaburan terlebih dahulu sebelum membenarkan pencarum mereka membuat pemotongan simpanan Akaun 1. Untuk pengetahuan anda juga, Akaun 1 HANYA boleh dikeluarkan untuk 3 perkara ini sahaja: -

1.     Apabila anda meninggal dunia. Innalillah
2.     Apabila anda cukup umur 55 tahun
3.     Untuk pelaburan Unit Amanah

Pencarum dibenarkan melabur tidak lebih dari 20% daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi institusi pelaburan yang diluluskan. Pelaburan boleh dibuat sekali setiap tiga bulan dengan jumlah minimum RM1,000. Jika nak tahu anda layak atau tidak, hubungi saya tau..

KWSP juga sentiasa memberikan keutamaan agar ahli mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.

Jadi jom apa tunggu lagi, siapa yang layak tu buat pemotongan Akaun 1 segera dan gandakan wang persaraan anda…Wang anda yer.. bukan wang saya J!!


Hubungi saya,
Norhafizah Nordin
Unit Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment