Friday 28 February 2014

Mengenai Saya

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog saya ‘TIPS UNTUK LIPAT GANDAKAN WANG ANDA’.

Sebenarnya,saya sendiri telah membuat pelaburan dalam Unit Amanah semenjak tahun 2008 dengan hanya berdasarkan 100% kepercayaan semata-mata kepada rakan karib saya sendiri tanpa membuat apa-apa kajian terperinci kebaikan dan keburukan melabur di Unit Amanah.

Selepas menyimpan/melabur setahun, 2 tahun dan kemudian 3 tahun, saya mula melihat hasilnya….Benarlah kata rakan saya, jika ingin melihat hasil yang lumayan, biarkan simpanan/pelaburan kita itu tadi untuk tempoh jangka masa sederhana ke panjang (medium to long term kalu orang putih cakap la..)

Rentetan dari itu…saya mengambil keputusan pula untuk serius menglibatkan diri sebagai Unit Trust Consultant (UTC) semenjak tahun 2013 selepas sahaja lulus CUTE Exam yang sememangnya memeningkan kepala otak saya sebab saya perlu study, study dan study (kepala dah naik tepu nak study lagi nie).. Syukur alhamdullilah, akhirnya untuk percubaan pertama lulus juga saya rupanya dan sekarang berlesen di bawah FIMM…

Jadi…apabila melihat betapa ramai rakyat Malaysia terutama Melayu yang gagal untuk merancang kewangan untuk keluarga dan simpanan hari tua mereka, saya nekad memilih bidang Islamic Unit Trust Consultant (hanya mencadangkan Islamic fund yang 100% berlandaskan syariah SAHAJA..SAHAJA & SAHAJA)…

Dengan ilmu yang saya pelajari ini, saya amat berharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan semua dan marilah sama-sama kita membuat simpanan demi untuk masa depan kita dan juga keluarga tersayang kita..

Terima kasih kepada rakan karib saya (nak sebut nama kat sini takut dia malu pulak.. J) yang telah membuka jalan dan peluang ini untuk saya pula berbakti kepada anda semua..

Harapan dan doa saya agar perkongsian ini akan memberi manfaat untuk kita semua nanti…Insyaallah… Jika niat kita ikhlas untuk membantu keluarga kita, kita pasti akan diberkatiNya.


Hubungi saya,
Norhafizah Nordin
Unit Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment