Kita
mempunyai pilihan untuk bersara dengan selesa atau sebaliknya.Andainya kita
tidak merancang persaraan dengan baik, mungkin kita masih perlu bekerja semula
selepas bersara atau lebih teruk lagi jika kita terpaksa berhutang untuk
meneruskan kehidupan.
Di
antara tip-tip yang boleh membantu meningkatkan simpanan persaraan adalah: -
1.
Mempelbagaikan
sumber pendapatan persaraan
Kita perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan
supaya:
a)
Tidak bergantung sepenuhnya kepada simpanan
KWSP sahaja
b)
Menerima pendapatan persaraan secara
berterusan
c)
Mengurangkan risiko kehabisan simpanan
persaraan dalam tempoh yang singkat
Kita
perlu fikirkan daripada manakah sumber pendapatan yang boleh kita perolehi
semasa bersara nanti.
Selain
duit pencen atau simpanan KWSP, kita boleh juga gunakan duit simpanan di bank,
kutipan sewa hartanah, insurans dan DIVIDEN ATAU KEUNTUNGAN DARIPADA PELABURAN.
2.
Mulai
menyimpan dari awal
Lebih awal kita mula menyimpan, lebih banyak simpanan
yang dapat dikumpul apabila bersara.Jadikan tabiat menyimpan untuk persaraan
sebagai budaya dalam kehidupan sejak dari muda lagi.
Kita tidak terlalu muda atau tua untuk mula menyimpan
sekarang.Sebenarnya, lagi awal lagi baik tetapi lebih baik ada daripada tiada
langsung. Buatlah simpanan secara sukarela sama ada dalam bank, Tabung Haji,
saham-saham amanah, Insuran, Skim Persaraan Swasta ,PELABURAN dan sebagainya.
Kita juga perlu sediakan tabung kecemasan sekiranya kita
memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada kita mengambil wang
daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.
3.
Rancang
keperluan jangka panjang
Walau apa jua perancangan, kita hendaklah mengetahui
kedudukan kewangan semasa:
a)
Berapa banyak wang simpanan dan aset yang
dimiliki sekarang?
b)
Berapa pendapatan bulanan?
c)
Berapa peratus daripada gaji bulanan yang
dicarum dalam KWSP atau sebarang dana persaraan?
d)
BERAPA PERATUSKAH PULANGAN BALIK
DARIPADA PELABURAN?
e)
Berapa tahun yang kita ada sehingga mencapai
usia persaraan untuk mengumpul wang?
Selepas
mengkaji aset dan tanggungan dimiliki, kita perlu mengenalpasti keperluan utama
dan anggaran jumlah yang diperlukan apabila bersara dan berapakan jumlah dan
sumber untuk membiayai keperluan jangka panjang berkenaan.
4.
Penjagaan
kesihatan
Persoalan mengenai kesihatan adalah penting semasa hari
tua.Kos kesihatan menjadi perbelanjaan besar yang boleh menghakis simpanan
persaraan kita.Walaupun kita mempunyai insurans perubatan dan insurans hayat
yang meliputi pelbagai penyakit kritikal, sesetengah penyakit hanya dilindungi
secara separuh atau tidak langsung dilindungi di bawah manfaat insurans.
Oleh itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan
dan amalkan gaya hidup sihat. Tubuh badan yang sihat akan membolehkan kita terus
bekerja dan meningkatkan simpanan persaraan.
Dengan ini, simpanan persaraan tidak perlu dihabiskan
untuk membiayai kos rawatan kesihatan, sebaliknya ia boleh digunakan untuk
membiayai kos sara hidup yang lain.
5.
Melabur
dengan bijak
Selain menyimpan wang untuk persaraan, kita juga boleh
melaburkan wang dalam DANA-DANA PELABURAN YANG DIIKTIRAF (Contoh
PUBLIC MUTUAL).
Pelabur yang bijak adalah pelabur yang
berpengetahuan.Ketahui risiko dalam pelaburan dan sentiasa membuat penilaian
terhadap pelaburan secara berterusan.Penilaian terhadap pelaburan setiap tahun
adalah perlu untuk memastikan bahawa wang pelaburan kita bertambah mengikut
pelan persaraan kelak.Jangan melabur ke dalam ‘Skim Cepat Kaya’ dan syarikat
pelaburan yang tidak berdaftar.
Hartanah juga satu bentuk pelaburan yang baik dan wajar
dipertimbangkan jika kita mempunyai simpanan yang mencukupi.
Notakaki: Credit maklumat dari Buletin Ahli KWSP 01/2014
Norhafizah
Nordin
Unit
Trust Consultant
SMS/Call/Whatsapp
013-615 1984